MELAKA 13 Nov. – Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB), anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) merancang untuk melabur lebih daripada RM1.5 bilion bagi memperluaskan penghasilan minyak diesel EURO5 untuk kegunaan dalam Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB, Hashim Majid, MRCSB yang merupakan syarikat penapisan utama milik Petronas membekalkan hampir 70 peratus keperluan petrol dan diesel di dalam Malaysia juga berhasrat menjadi pengeluar utama diesel EURO5 di negara…










