KAJANG – Tempoh reman terhadap seorang tukang gunting rambut bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual dilanjutkan seminggu lagi bermula semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, tempoh lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kajang semalam sehingga 19 November ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut.
“Tempoh reman terhadap suspek yang berusia 36 tahun dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula hari ini (semalam) hingga Isnin depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










