Remaja Rohingya cedera di tembak - Utusan Malaysia

Remaja Rohingya cedera di tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR 4 Nov. – Seorang remaja lelaki yang merupakan pelarian Rohingya cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan di kawasan sempadan Bangladesh dan Myanmar. Nurul Islam, 15, sedang menjaga lembu ketika kira-kira 17 tembakan dilepaskan dari pos keselamatan tentera Myanmar di Rymongkhali, menurut jurucakap Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), Mejar Iqbal Ahmed. “Nurul bertuah apabila peluru tersebut hanya mengenai sikunya,” katanya. Seorang pegawai kerajaan menyatakan bahawa insiden tersebut mungkin bertujuan menangguhkan proses penghantaran semula pelarian Rohingya ke Myanmar yang dijadualkan bermula minggu depan. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya