Remaja perempuan maut terjerut besi buaian - Utusan Malaysia

Remaja perempuan maut terjerut besi buaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Nov.- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjerut besi buaian di sebuah taman permainan di Taman Metropolitan Kepong di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama saudara maranya bermain buaian di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, ketika sedang bermain tiba-tiba kepala si mati telah tersangkut pada besi buaian tersebut.

Ujarnya, akibat daripada itu darah telah keluar daripada telinga dan hidung.

“Dengan bantuan orang ramai, mangsa dapat di lepaskan dari besi buaian tersebut sebelum mereka menghubungi pihak Hospital Selayang untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini,” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×