Rakyat diseru elak pertelingkahan, amalkan sifat beri hormat - Utusan Malaysia

Rakyat diseru elak pertelingkahan, amalkan sifat beri hormat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Rakyat di negara ini diseru mengelakkan pertelingkahan dan sentiasa hormat -menghormati serta menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah Malaysia dibina atas persetujuan, persefahaman dan dasar kompromi sosial politik yang unik dengan keunikan itu sendiri telah diperkenan oleh raja-raja Melayu bagi membentuk sebuah negara yang merdeka.

“Ia kemudian telah dinyatakan dengan jelas dalam pelbagai peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun hari ini terdapat segelintit rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik yang unik ini melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman Barat.

“Dasar ini telah dirangka oleh orang asing yang tidak mengambil kira keunikan, kepelbagaian, kesucian agama Islam dan sensitiviti rakyat serta kedaulatan raja-raja Melayu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika di Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN