Raja Puan Muda Perlis berangkat makan malam PIBG SK Convent - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis berangkat makan malam PIBG SK Convent

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat bercemar duli menghadiri majlis ‘Gala Dinner Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas’ yang diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Sabtu malam.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Yang Dipertua PIBG SK Convent (2) Bukit Nanas, Melissa Binti Datuk Sukri dan Guru Besar sekolah, Laila Saidon.


Pelbagai aktiviti menarik diisi dalam majlis tersebut termasuklah peragaan busana, cabutan bertuah, beberapa persembahan hiburan oleh pelajar sekolah dan juga nyanyian oleh artis jemputan, Jay Jay.


Majlis tersebut dianjurkan bagi merasmikan Alumni sekolah tersebut. Buat julung-julung kalinya juga ia diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara bekas pelajar-pelajar sekolah itu di samping mengutip derma untuk pihak sekolah menjayakan program-program merangkumi bidang akademik dan juga ko-kurikulum.


Untuk rekod, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah menerima pendidikan awal darjah satu hingga enam di sekolah kebangsaan tersebut dari tahun 1977 hingga 1982.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN