ALOR SETAR 5 Nov. – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin akan dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen ke-31 universiti itu di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok dekat sini, 11 Nov ini. Naib Canselornya, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata pada sesi itu juga, UUM akan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) (Pengurusan Logistik) kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif PKT Logistic Group Sdn Bhd, Datuk Micheal Tio. Beliau berkata Sultan Kedah merangkap Canselor UUM, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya