KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, mengalu-alukan keputusan bekas tokoh wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu berkata, Rafidah, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, akan menjadi ahli parti itu. “Kami mengalu-alukan beliau. Beliau telah bekerja dengan kami untuk sekian lama. Kami tidak tahu mengenai jawatan tapi beliau akan menjadi seorang ahli,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan…










