Putera Mahkota mahu Jamal `disenyapkan’? - Utusan Malaysia

Putera Mahkota mahu Jamal `disenyapkan’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 22 Nov. – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), Gina Haspel didakwa memberi isyarat kepada pegawai Turki bahawa agensi itu memiliki rakaman satu panggilan telefon dibuat oleh Putera Mahkota Arab Saudi yang mengarahkan wartawan Jamal Khashoggi disenyapkan.

Bagaimanapun, pegawai Turki mendakwa mereka tidak mempunyai maklumat tentang rakaman seumpama itu ekoran dakwaan sebuah akhbar Turki, hari ini.

Malah, CIA turut enggan mengulas berhubung laporan akhbar berkenaan.

“Terdapat rundingan tentang satu lagi rakaman,” lapor wartawan akhbar Hurriyet, Abdulkadir Selvi mendakwa panggilan itu melibatkan Putera Mohammed dan abangnya yang merupakan duta Arab Saudi ke Washington. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN