Program e-sukan percuma di The Pantheon pada 2 Disember - Utusan Malaysia

Program e-sukan percuma di The Pantheon pada 2 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Persatuan Esports Selangor bersama Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan Selangor Esports Experience 2018 di The Pantheon, One City, Subang Jaya pada 2 Disember ini.

Acara julung kali yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Naib Presiden Persatuan Esports Selangor, Mohd. Hafis Khairulah berkata, program itu diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya permainan Dota 2 dan Fifa selain tarikan peralatan ‘gaming’ seperti PS4 consoles, PC, Omni VR dan racing simulators.

“Program ini sebagai memenuhi hasrat peserta untuk menimba pengalaman baharu dan menakjubkan dalam e-sukan selaras dengan slogan Amazing Esports Experience,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafis, turut ditampilkan dalam acara itu ialah beberapa pemain e-sukan profesional negara antaranya Fredo dari pasukan Air Asia Saiyan untuk permainan Mobile Legend.

“Program ini juga akan mengetengahkan sebuah forum bertajuk Esports: The Future bagi membincangkan tentang kerjaya e-sukan bagi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menjadikan Malaysia sebagai hub e-sukan di Asia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN