Prof. Frizzy tarikan di Pavilion Nafas MAHA 2018 - Utusan Malaysia

Prof. Frizzy tarikan di Pavilion Nafas MAHA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengetengahkan konsep sebenar ‘From Lab to Table’ di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan 2018 (MAHA 2018) yang membuka tirai hari ini sehingga 2 Disember depan.

Nafas selaku rakan strategik MAHA 2018 bersedia menunjukkan komitmen penuh sepanjang 11 hari penganjuran MAHA 2018. 

Ketua Pentadbir Nafas, Razana Ghazali berkata, Pavilion Nafas terletak di Dewan A berkonsep makmal sesuai dengan tema from Lab to Table yang membawakan khas seorang selebriti, Anas Ridwan yang akan menjadi ikon saintis, Prof. Frizzy.

“Kehadiran Prof. Frizzy pastinya menjadi tarikan pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti dan perniagaan Nafas antaranya proses pembuatan baja (demo), eksperimen sains yang mudah bagi menarik golongan kanak-kanak untuk cintakan bidang pertanian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Prof. Frizzy akan memeriahkan Pavilion Nafas pada hujung minggu iaitu pada 24 dan 25 November serta 1 dan 2 Disember.

“Jadi para penonton jangan lepaskan peluang untuk bertemu selebriti ini yang akan mengadakan demo sains ringkas seperti konsep pasang sendiri (DIY) pembuatan mayonis, aiskrim, sabun dan terrarium.

“Kanak-kanak pastinya akan terhibur dengan pelbagai aktiviti hand on yang akan dilakukan sepanjang 11 hari MAHA untuk menanam rasa cintakan pertanian,” katanya. – K! ONLINE

Razana
Razana
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN