Produksi: Rujuk pakar agama - Utusan Malaysia

Produksi: Rujuk pakar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA bersetuju dengan saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad agar pihak produksi melantik pakar agama sebelum menghasilkan satu-satu filem yang mempunyai unsur-unsur keagamaan bagi mengelakkan salah faham dan kontroversi.

Apatah lagi jika melibatkan soal berkaitan akidah dan ibadah.

Saya yakin jika produksi filem ada merujuk pakar-pakar agama, sudah tentu sebarang salah faham dan kontroversi dapat dielakkan.

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim sebelum ini juga telah menyarankan langkah yang sama agar rancangan terbitan pihak produksi mahupun drama tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

Saya amat berharap pihak produksi sama ada filem atau drama tidak memandang remeh perkara ini. Mereka harus ingat, segala yang berkaitan agama di dalamnya terdapat hukum-hakam. Jika melibatkan hukum-hakam kita wajib mematuhinya.

Saya percaya sekiranya pihak produksi tidak mengambil isu ini secara serius, hasil filem atau drama mereka akan menjadi kecaman masyarakat dek kerana jahil tentang agama.

AMIR

Banting

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN