PARIT BUNTAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk terus memegang jawatan itu walaupun menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan. Hasnul Zulkarnain berkata, desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Pafa. “Saya tidak terkesan dengan desakan itu,” katanya dalam sidang media selepas menutup Karnival Sinar Harapan ”Inspirasiku Teristimewa’ di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan penyokong tegar bola sepak Perak yang mahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya