TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau semalam menggagalkan cubaan dua lelaki tempatan menyeludup masuk sebanyak 159 kotak polistirena berisi ketam hidup dari Indonesia bernilai RM41,340 untuk dijual di pasaran tempatan. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek berusia 38 dan 52 tahun itu ditahan di kawasan laut Batu 3 pada pukul 5.30 pagi. “PPM Tawau bersama dua Pegawai Jabatan Perikanan Tawau yang menjalankan tugas operasi Inter Agensi di kawasan tersebut telah menahan dan memeriksa dua jongkong yang masing-masing membawa kotak berisi ketam hidup, tanpa lesen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya