PERNAH diminta untuk mencipta kontroversi dalam usaha memastikan namanya dikenali, ternyata pelakon jelita ini mempunyai pandangan yang berbeza. Rela menunggu waktu yang sesuai sahaja, ketika ini Hanna Aqeela lebih senang untuk berusaha keras dalam membuktikan kemampuannya dalam bidang lakonan. Bagaimanapun bagi Hanna, dia tidak menolak dari suatu sudut yang kontroversi adalah jalan pintas untuk seseorang mengecapi populariti. Selepas melalui sendiri pengalaman berlakon selama lima tahun tanpa kontroversi dia akui, bukan…









