Polis nafi video tular kait kematian empat kanak-kanak di Bera - Utusan Malaysia

Polis nafi video tular kait kematian empat kanak-kanak di Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 22 Nov. – Polis menafikan video yang tular dalam laman media sosial yang mengaitkan seorang wanita ditahan kerana menyebabkan kematian empat kanak-kanak di Bera, dekat sini.

Ketua Polis Bera, Deputi Superintenden Mansor Samsuddin berkata, kejadian itu adalah tidak benar dan tidak wujud di daerah itu.

“Sebaliknya apa yang berlaku adalah polis telah menahan seorang wanita di Kampung Baru Mengkuang, Bera pada 9 November lalu kira-kira pukul 2.10 petang kerana mencuri.

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh pada 13 November lalu dan mengaku bersalah serta telah dijatuhkan hukuman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jadi, Mansor berkata, video yang mengaitkan wanita itu dengan kematian empat kanak-kanak adalah tidak benar dan tiada kes sedemikan berlaku di daerah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN