KUALA LUMPUR 20 Nov. – Filem Polis Evo 2 terbitan Astro Show dan diarahkan oleh Joel Soh dan Andrew Chiew tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Sebaliknya kata beliau, filem itu lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara. Bagaimanapun katanya, terdapat ungkapan dalam babak filem itu yang tidak dijelaskan dengan terperinci dan kesan boleh menimbulkan syubhat…









