Sebelum menjengah pawagam, filem aksi terbitan Astro Shaw, Polis Evo 2 mencetuskan kontroversi hanya dengan perkongsian trailer di YouTube. Menerusi trailer berkenaan, ia dikatakan menampilkan imej umat Islam sebagai pengganas sehingga menjadi tular di media sosial. Berpeluang menonton filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew pada tayangan perdana filem berkenaan di Starling Mall, Damansara minggu lalu, secara peribadi, tiada apa yang ingin dikhuatirkan. Jika hanya imej berserban menerusi lakonan Hasnul Rahmat dianggap sebagai terjemahan perjuangan segelintir parti atau individu tertentu yang seterusnya mengundang seruan agar diboikot, industri filem tanah air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya