REMBAU 9 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu menunaikan janji selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu. Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab PH untuk menyelamatkan negara selepas diberi mandat oleh rakyat yang mahukan perubahan. “Baru-baru ini ada pilihan raya, kita berjaya menukar kerajaan yang telah memerintah negara selama 61 tahun, pembangkang (ketika itu) yang ada empat parti bergabung telah memenangi pilihan raya…










