KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan membentangkan usul tergempar mengenai insiden kekecohan dan rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini di Parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau hanya dapat mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung insiden tersebut sebelum ini selepas tidak dibenarkan untuk melawat lokasi kejadian.
“Saya beritahu yang saya mahu pergi ke situ (kuil), tetapi mereka (pihak keselamatan) tidak membenarkan saya untuk berbuat demikian.
“Esok (hari ini) saya akan buat kenyataan (usul tergempar) pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










