KAJIAN di Eropah menunjukkan 42.5 peratus wanita memiliki rambut yang halus dan tidak terlindung daripada kerosakan yang berbahaya. Sementara itu, 24.4 peratus wanita di negara Barat mengalami masalah berkaitan rambut yang serius. Justeru itu, rambut memerlukan langkah penjagaan yang rapi.
Berikut antara tip yang boleh anda lakukan untuk rambut sihat dan cantik:
Elakkan penggunaan air panas ketika membasuh rambut anda. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut menjadi lebih kering dan kusut.
Seeloknya cuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Ini kerana minyak semula jadi yang dihasilkan rambut akan lenyap kerana bahan kimia daripada syampu yang digunakan hari-hari. Sebaliknya, minyak yang tidak diperlukan oleh kulit kepala terhasil dan membuatkan rambut lebih berminyak dan leper.
Amalkan pemakanan sihat kerana pengambilan makanan menyumbang kepada faktor kesihatan rambut. Protein dan zat besi penting untuk rambut kamu.
Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut kamu. Sikat rambut bermula dari bawah dan ke atas. Ini kerana, jika kamu sikat daripada akar, ia boleh menyebabkan kerosakan. Selain itu, sikat haruslah sentiasa bersih.










