Petronas Yamaha Racing Team ‘bakar’ litar Valencia - Utusan Malaysia

Petronas Yamaha Racing Team ‘bakar’ litar Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJALANAN pasukan Ma­laysia dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bermula apabila pasukan yang dikenali sebagai Petronas Yamaha Racing Team (Petronas SRT) itu akan melakukan sesi ujian terhadap jentera di Valencia selama dua hari bermula semalam dan berakhir hari ini.

Sudah pasti ia adalah detik yang ditunggu-tunggu buat para peminat pemotoran di Malaysia untuk menyaksikan perjalanan pasukan baharu itu untuk memberi tentang hebat setanding dengan pasukan-pasukan yang telah lama bertapak dalam kancah perlumbaan berprestij tersebut.

Membariskan pelumba semakin meningkat naik seperti Franco Morbidelli dilihat antara langkah permulaan positif apabila pelumba Itali itu baru sahaja dinobatkan sebagai Rookie terbaik MotoGP 2018 di Valencia Ahad lalu.

Seorang lagi ialah pelumba Perancis, Fabio Quartararo yang dinaikkan ke pentas MotoGP musim ini.

Pada sesi latihan selama dua hari itu, mereka akan menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 di Litar Ricardo Tormo.

Objektif utama pasukan yang diuruskan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu adalah untuk mencari keserasian bersama pasukan dan jentera baharu tersebut.

Pengurus pasukan, Wilco Zeelenberg yang ditugaskan mengendali pasukan Petronas SRT itu sangat teruja untuk memulakan musim pertama mereka dalam saingan MotoGP.

“Kami bekerja keras untuk memastikan impian pasukan ini menjadi realiti. Dari segi teknikal, saya rasa kami memiliki jentera satelite terbaik dan mampu memudahkan saya untuk membuat keputusan de­ngan lebih mudah.

“Ketika ini kami mempunyai sebuah kumpulan yang ada pengalaman terbaik dan bermotivasi tinggi untuk melakukan persiapan menjelang perlumbaan musim 2019 nanti,” kata Zeelenberg.

Sebelum ini, Zeelenberg menjadi pengurus pelumba Ducati, Jorge Lorenzo selama enam tahun sebelum beralih arah sebagai penganalisis prestasi pelumba Yamaha, Maveric Vinales musim lalu.

Zeelenberg yang menjadi mata dan telinga bagi mendapatkan pelarasan terbaik jentera diberi tugas untuk pasukan satelit Yamaha musim ini.

Zeelenberg akan dibantu oleh Forcada selaku ketua kru sebaik sahaja menamatkan tugasnya bersama Vinales musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×