SERDANG – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat boleh membuat petisyen terhadap P. Waytha Moorthy tetapi ia bukan arahan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu meletakkan jawatan. Mengulas petisyen yang mendesak pemimpin Hindraf itu meletak jawatan susulan penularan video 10 tahun lepas yang mendakwa berlaku pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Malaysia, Mahathir berkata, Waytha Moorthy perlu diberi peluang menjalankan tugas dan membetulkan perkara sebelum bergelar menteri.…










