Petisyen mahu Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri dilancar - Utusan Malaysia

Petisyen mahu Waytha Moorthy kekal sebagai Menteri dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Selepas satu petisyen mendesak peletakkan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana dilancarkan, satu petisyen digerakkan mahu Waytha Moorthy kekal dalam jawatannya sekarang.

Petisyen menerusi tandatangan atas talian Change.Org di bit.ly/2KeCrAa  itu digerakkan oleh Maruthai Mani 16 jam lalu dan telah mendapat 6,040 tandatangan sehingga 11.30 pagi tadi.

“Kami mahu membantunya untuk meneruskan khidmatnya kepada negara dan melindungi dia dari fitnah,” tulis Maruthai Mani dalam petition tersebut.

Sementara petisyen yang mendesak Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu  meletakkan jawatan yang dilancarkan sejak dua hari lalu di bit.ly/2DNa8bI telah mendapat 140,563 tandatangan sehingga pukul 11.30 pagi tadi.

Waytha Moorthy menjadi tumpuan apabila video wawancaranya dengan televisyen luar negara yang  mendakwa Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia termasuk mendiskriminasi hak kaum India menjadi viral di media sosial.

Dalam wawancara itu, Waytha Moorthy mendakwa kononnya masyarakat India di Malaysia didiskriminasi di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan banyak pihak melihat beberapa fakta seperti telah dimanipulasi.

Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF)d ijalankan pada November 2007 di mana beratus-ratus penunjuk perasaan ditangkap malah Waytha Moorthy sendiri turut ditangkap dan mendakwa telah diseksa.

Waytha Moorthy juga menjadi tumpuan kerana menjadi menteri bertanggungjawab untuk ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang telah menimbulkan polemik dan mendapat tentangan oleh pelbagai pihak.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN