SEPANG – Kedudukan 10 terbaik pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Ahad ini akan memberi satu kepuasan kepada pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah. Pelumba Monster Yamaha Tech 3 berusia 24 tahun itu yang mempunyai misi merangkul gelaran pelumba muka baharu terbaik MotoGP musim ini berkata, beliau turun berlumba minggu ini dengan cabaran menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik. “Pastinya keputusan yang baik akan memuaskan…










