Pesawat terhempas semasa mendarat di Guyana - Utusan Malaysia

Pesawat terhempas semasa mendarat di Guyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN 9 Nov. – Sebuah pesawat Boeing membawa 126 orang penumpang terhempas semasa mendarat di lapangan terbang di ibu negara Guyana, hari ini mencederakan enam orang. Menteri Pengangkutan Guyana, David Patterson berkata, jet penumpang Fly Jamaica Airways dalam penerbangan ke Toronto mengalami masalah hidraulik sejurus berlepas dan kembali ke lapangan terbang sebelum terhempas dan tergelincir daripada landasan lapangan terbang. Katanya, penumpang tidak mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital berhampiran lapangan terbang. – AFP

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN