KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa peruntukan pembangunan luar bandar terutama untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikurangkan sebanyak separuh dalam Belanjawan 2019.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ada pihak menarik perhatian terhadap peruntukan perbelanjaan mengurus Mara sebanyak RM1.3 bilion bagi tahun 2019 yang merupakan pengurangan sebanyak RM2 bilion berbanding 2018.
“Sebenarnya, perkara ini adalah ekoran perbelanjaan biasiswa dan pinjaman pendidikan Mara sebanyak RM2 bilion dipindahkan klasifikasi daripada perbelanjaan mengurus kepada perbelanjaan pembangunan, memandangkan perbelanjaan tersebut adalah untuk membangunkan modal insan bumiputera yang merupakan pelaburan jangka panjang untuk pembangunan negara.
“Hakikatnya, jumlah peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan Mara kekal berada pada tahap RM3.7 bilion pada tahun 2019,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










