SEPANG 26 Nov. – Persimpangan bertingkat Bandar Serenia yang terletak di kilometer 35 (KM35) Lebuh Raya Utara – Selatan Hubungan Tengah (Elite) di sini akan dibuka bermula tengah malam ini. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, persimpangan bertingkat itu yang terletak di antara persimpangan bertingkat Nilai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Dengkil, Kota Warisan, Bandar Serenia dan sekitar. “Pembinaan Lebuhraya Utara…










