Persiapan kahwin musnah - Utusan Malaysia

Persiapan kahwin musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Perasaan sayu membelenggu hati seorang bakal pengantin wanita apabila semua persiapan untuk majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung esok musnah dalam satu kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Lorong Gajah Mati di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, pelbagai barangan termasuk hantaran, cenderamata dan baju pengantin yang akan dipakai Hasmi Marina Mohd. Zahari, 26, hangus selepas rumah sewa yang didiami 13 orang itu terbakar.

Lebih memilukan apabila tragedi itu turut menyebabkan dia sekeluarga kini hanya tinggal sehelai sepinggang dan ibunya Rohaya@Yati Mohamad, 54, yang sesak nafas ketika kejadian kini dirawat Hospital Raja Pe­rempuan Zainab II (HRPZ).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN