SHAH ALAM 27 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor mempersoal mengapa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lambat mengeluarkan kenyataan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman. BORHAN Yang Dipertuanya, Borhan Ahmad Zakaria berkata, kegagalan Dr. Mahathir dan Muhyiddin bertindak pantas dalam isu tersebut telah menyebabkan P. Wathya Moorthy mengambil kesempatan dan lebih memburukkan keadaan, pemimpin Hindraf tersebut sememangnya tidak…










