MARANG 10 Nov. – Beberapa kampung tradisi di pesisir sungai Marang, khususnya Kampung Jenang, di sini akan dimajukan dengan produk ekopelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini. Sehubungan itu, fokus yang bakal diberi keutamaan ialah menyediakan pelbagai prasrana bagi keselesaan pengunjung dan meningkatkan daya tarikan serta promosi di samping penglibatan anggota masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, memandangkan Jenang juga terkenal dengan perusahaan…










