Penulis pernah terserempak dengan sekumpulan remaja berbasikal di sebatang jalan raya di ibu negara. Waktu itu jam menunjukkan sekitar pukul 1.30 pagi. Dalam hati tertanya-tanya, di mana ibu bapa kanak-kanak ini? Tahukah mereka ke mana anak-anak mereka yang penulis kira berusia sekitar lapan hingga 12 tahun ini pergi? Bayangkan jika berlaku kejadian yang tidak diingini misalnya terlibat kemalangan. Siapa yang perlu dipersalahkan? Kejadian seperti ini pernah berlaku di Johor Bahru tidak lama dahulu yang mengorbankan beberapa nyawa. Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak sedikit pun menyedarkan ibu bapa berhubung pentingnya memastikan anak-anak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya