Perahu4Palu bantu nelayan - Utusan Malaysia

Perahu4Palu bantu nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALU (Indonesia) 31 Okt. – Bagi membantu golongan nelayan memulakan kehidupan baharu pascagempa bumi dan tsunami, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam misi kemanusiaan, MyCare dan pasar raya Econsave melancarkan kempen Perahu For Palu (Perahu4Palu) semalam.

Pengerusi MyCare Johor, Prof. Dr. Mohd. Zin Kandar yang mengetuai misi kemanusiaan kedua ke sini berkata, kempen tersebut dilancarkan pihaknya selepas melihat ribuan nelayan Palu dan Donggala kehilangan mata penca­rian apabila perahu, enjin bot dan jaring mereka musnah akibat bencana alam itu.

“Untuk misi kemanusiaan kali ini kita banyak sampaikan sumbangan keperluan makanan kepada mangsa. Bagi misi akan datang, kita berharap dapat me­nyalurkan bantuan perahu, enjin bot dan jaring kepada golongan nelayan yang kehilangan sumber pendapatan agar mereka dapat turun semula menangkap ikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Senarai nelayan di Palu dan Donggala yang menerima sumbangan ini akan dikenal pasti dengan bantuan sebuah NGO di sini, iaitu PKPU Human Initiative dan setiap pakej sumbangan itu dianggarkan berjumlah RM1,500,” katanya semasa melancarkan kempen berkenaan di perkampungan nelayan Loli Dondo di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan dan Utara, masing-masing Mas Imran Adam dan Zamzuri Mansor serta Dr. Rafidah Bahari dan Dr. Hariani Ishak daripada Ikram Health.

Dalam misi empat hati ini, ahli rombongan turut menyampaikan bantuan kepada mangsa di perkampungan nelayan Tanjung Padang, Jono Oge, Dusun Dua di Donggala dan Loli Dondo di sini serta turut mengadakan aktiviti bercerita dan melukis bagi kanak-kanak, psikososial serta permainan boling kelapa dan mencari gula-gula dalam tepung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini