KUALA LUMPUR 10 Nov. – Petanda awal calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mampu menang besar dalam Pemilihan PKR Cabang Julau, Sarawak sudah dapat diperhatikan berdasarkan kehadiran pengundi di Kompleks Sukan Julau pada pagi ini, tempat pengundian cabang itu diadakan. Berdasarkan perkongsian gambar oleh pengguna Facebook, Lowrence Olei, dalam akaun Facebook milik calon Ketua Cabang Julau, Larry Sng, mereka yang menyokong kem Rafizi telah beratur panjang untuk menunggu giliran mengundi…










