GUA MUSANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas sekolah di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, Rohaniyah Ab. Razak, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda secara berseorangan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa yang sedang masuk simpang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya