Penjenayah Geng Estima diburu - Utusan Malaysia

Penjenayah Geng Estima diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis memburu sekumpulan tiga lelaki digelar Geng Estima yang terlibat dalam tiga kejadian pecah rumah membabitkan kerugian RM150,000 dalam tempoh empat jam di tiga kawasan perumahan di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tiga buah rumah yang menjadi sasaran penjenayah yang menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Estima itu berlaku di Sri Teruntum, Alor Akar dan Jalan Tok Gajah.

Menurut beliau, semasa kejadian pada pukul 12. 30 te­ngah hari hingga pukul 4.30 petang, penjenayah itu berjaya melarikan antaranya wang tunai, jam tangan, beg tangan wanita dan komputer riba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di sebuah rumah mangsa di Jalan Tok Gajah, kumpulan itu turut melarikan sebuah kereta jenis Mazda X5,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×