PETALING JAYA 8 Nov. – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai anggota polis minggu lalu. Nik Mohd. Faiz Nik Sen, 31, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran, USJ 1, Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang, 3 November lalu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyamar sebagai penjawat awam dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada Deputi Superintenden Allen Yeoh Swee Joe, 59. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya