MIRI – Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) bahagian Sarawak menolak cadangan Kementerian Pendidikan untuk membenarkan pelajar menggunakan kolam renang di hotel untuk menjalani aktiviti renang sebagai sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel. Setiausaha Kehormatnya, John Teo Peng Yew berkata, tanggungjawab itu seharusnya digalas oleh kolam renang awam yang sentiasa mempunyai atendan kolam renang berkelayakan yang bertugas sepanjang waktu operasi. “(Cadangan itu) tidak wajar oleh sebab ia hanya akan mengganggu ketenteraman…










