Penafian Guan Eng timbul banyak persoalan - Najib - Utusan Malaysia

Penafian Guan Eng timbul banyak persoalan – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penafian Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengabaikan masyarakat luar bandar dan belanjawan untuk golongan tersebut dipotong menimbulkan pelbagai persoalan.

Jika benar, mengapa Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengeluarkan kenyataan pada 2 November lalu bahawa peruntukan untuk kementeriannya dipotong sehingga 50.7 peratus, selain Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kesal dengan pemotongan pelbagai subsidi untuk petani dan pekebun dalam belanjawan 2019?

Malah kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Guan Eng juga bertegas peruntukan untuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak diturunkan.

“Dia (Guan Eng) memberi contoh peruntukan untuk biasiswa Mara untuk tahun depan tidak hilang tetapi telah diklasifikasikan semula sebagai perbelanjaan pembangunan sebanyak RM2 bilion dan bukan lagi sebagai perbelanjaan operasi.

“Tetapi ini juga potongan RM500 juta berbanding peruntukan RM2.5 bilion untuk tahun ini ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ini dia tidak nyatakan pula. Aneh,” katanya dalam status Facebook, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN