SEORANG lelaki yang menghadapi tuduhan membunuh dan merogol wartawan televisyen Bulgaria, Viktoria Marinova, mendakwa dia tidak bermaksud melakukan pembunuhan tersebut, ketika tampil buat pertama kali di mahkamah di Bulgaria baru-baru ini. Severin Krasimirov ditangkap setelah dikaitkan dengan kes bunuh dan rogol wartawan antirasuah itu yang berlaku pada awal Oktober lalu. Lelaki berusia 21 tahun itu yang diberkas di Jerman iaitu tempat tinggal ibunya dan diekstradisi ke Bulgaria, tiba di Lapangan…










