SEREMBAN – Seorang pemilik rumah penjagaan orang tua di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita Indonesia sebagai buruh paksa sejak Julai lalu. Tertuduh, R.Parameswary, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Junaidah Mohd. Isa. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdagangkan Melan Zunia Haryati dan pertuduhan kedua dengan melakukan kesalahan sama ke atas Wahyuni bagi maksud eksploitasi kerja paksa. Perbuatan itu dilakukan tertuduh di rumah penjagaan orang tua di Taman Bukit Blossom, Seremban lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya