KUALA LUMPUR 28 Nov.- Kerajaan kini dalam proses melihat dan mengkaji setiap input bagi mewujudkan undang-undang untuk mengehadkan pemegangan saham parti-parti politik dalam syarikat media. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, langkah tersebut perlu diteliti bagi memastikan setiap laporan berita yang dikeluarkan tidak hanya menyebelahi sesuatu pihak sahaja. “Kerajaan dalam proses melihat boleh atau tidak kita menghadkan pemegangan saham dalam syarikat-syarikat media supaya perkara ini dapat kita elakkan.…










