Pemandu treler maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu treler maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Nov. – Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 254.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)  arah selatan dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.46 pagi.

Katanya, lelaki yang maut merupakan pemandu treler tanpa muatan yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki air dan treler membawa kayu. 

“Seramai 14 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban bersama tiga jentera dikerah memberi bantuan,” katanya di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, ketiga-tiga lorong di lokasi kejadian ditutup sepenuhnya berikutan kemalangan itu.

“Pihak trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan PLUS telah menyediakan laluan alternatif untuk pengguna lebuh raya. Aliran trafik arah utara pula berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN