KUALA LUMPUR 3 Nov. – Belanjawan pertama yang dibentangkan Kerajaan Pakatan Harapan semalam mendapat reaksi negatif daripada sebahagian rakyat yang tidak berpuas hati terhadap beberapa aspek. Menerusi laman sosial, mereka meluahkan rasa kecewa terutama dalam soal potongan gaji berjadual Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), subsidi minyak bersasar, aspek perumahan, pertahanan dan keselamatan serta levi pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara yang dianggap sebagai membebankan. Mereka yang tidak berpuas hati menyifatkan belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu bercanggah dengan apa yang telah dijanjikan oleh Kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya