DIDIK. Seramai 70 pelajar Pusat Anak Permata Negara Pengkalan Hulu diberikan pendedahan menjalani latihan memadam kebakaran bersama anggota bomba sempena lawatan sambil belajar mereka di Balai Bomba Pangkalan Hulu, Perak baru-baru ini.
Latihan ini membolehkan kanak-kanak berkenaan menjadi lebih peka terhadap keadaan kecemasan dan sekali gus dapat mempraktikkan cara untuk menyelamatkan diri ketika berada dalam situasi sebenar.
Pada lawatan itu, kanak-kanak tersebut diberi peluang menonton tayangan video tentang tugas pasukan bomba dan diberikan penerangan tentang kaedah menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran selain menaiki jentera bomba.










