Pelajar Diploma Komunikasi Media, UiTM Rembau anjur kolokium 29 Nov. - Utusan Malaysia

Pelajar Diploma Komunikasi Media, UiTM Rembau anjur kolokium 29 Nov.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Pelajar tahun empat Diploma Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau akan menganjurkan kolokium bertajuk `The Last Strike’ di Dewan Biduanda, universiti berkenaan pada 29 November ini.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk menilai hasil tugasan terakhir 297 orang pelajar semester lima yang bakal bergraduat tidak lama lagi.

Penolong Ketua Biro Media dan Publisiti, Nur Izzah Nazuha Mohd. Noor berkata, kolokium itu juga bertepatan dengan inisiatif universiti itu untuk melahirkan mahasiswa yang lebih berdikari dan efisien.

“Penilaian tugasan tersebut akan dibuat oleh panel juri yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau.

“Dalam pada itu, penganjur turut mengundang artis- artis di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn. Bhd. seperti Aizat Amdan, Kaka Azraff, Maya Karin dan ramai lagi untuk membuat persembahan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Tambahnya, program ini adalah di bawah matapelajaran Pengurusan Majlis dalam Komunikasi yang diwajibkan di dalam silibus pelajar semester empat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN