KUALA LUMPUR 26 Nov. – Penjualan dana asing di Bursa Malaysia masih berterusan bagi tempoh tiga minggu berturut-turut berikutan penurunan ketara dalam harga minyak serta kebimbangan berlakunya lebihan penawaran. Menurut MIDF Research, sebanyak RM52.3 juta dana asing daripada ekuiti tempatan telah dijual bagi tempoh 19 November sehingga 23 November. Katanya, Bursa Malaysia menunjukkan aliran positif pada setiap hari dagangan kecuali Rabu apabila dana antarabangsa menarik balik RM151.7 juta daripada ekuiti tempatan. “Penurunan ini diikuti dengan kejatuhan harga minyak mentah Brent semalaman sebanyak 6.4 peratus susulan peningkatan kebimbangan terhadap lebihan penawaran.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya