Pekerja kedai cuci kenderaan dihukum gantung edar dadah - Utusan Malaysia

Pekerja kedai cuci kenderaan dihukum gantung edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pekerja kedai cuci kereta kerana didapati bersalah mengedar 99.16 gram methamphetamine, dua tahun lalu.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman terhadap S. Satha Sivam, 44, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas lelaki itu pada akhir kes pembelaan.

 Pada masa sama, Collin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tiada faktor menunjukkan tertuduh memenuhi syarat wajib pindaan terhadap hukuman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, iaitu mahkamah boleh menjatuhkan
hukuman penjara dan mengetepikan hukuman gantung sampai mati.

 Seramai enam saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang prosiding perbicaraan kes itu yang bermula pada 15 Oktober 2017, manakala hanya dua saksi pembelaan dikemukakan, iaitu tertuduh dan abangnya.

 Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah di sebuah bilik dekat tingkat atas sebuah kopitiam di Jalan Meldrum, di sini pukul 7.40 malam, 9 September 2016.

 Bagi perbuatan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN