Peguam pemaju upah 50 lelaki ceroboh, kawal kuil - Utusan Malaysia

Peguam pemaju upah 50 lelaki ceroboh, kawal kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan, siasatan pihak polis mendapati peguam kepada syarikat pemaju One City Development Sdn. Bhd. (One City) telah mengupah sekumpulan lelaki untuk menceroboh dan mengawal kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor Isnin lalu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan siasatan polis, sejumlah RM150,000 telah diserahkan kepada ketua kumpulan itu untuk melakukan kerja menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil.

“Sebanyak kira-kira 50 orang telah diupah untuk melakukan kerja ini yang setiap setiap seorang daripada mereka menerima bayaran antara RM150 hingga RM300,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, dua peguam syarikat itu adalah antara 21 individu yang telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN