Peguam One City nafi terlibat upah samseng cetuskan rusuhan - Utusan Malaysia

Peguam One City nafi terlibat upah samseng cetuskan rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dua peguam bela yang mewakili kakitangan syarikat pemaju, One City Development Sdn. Bhd. menafikan bahawa mereka terlibat mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman pada awal pagi Isnin lalu.

Dua peguam berkenaan adalah Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili tiga kakitangan syarikat itu yang ditahan berkaitan kes rusuhan tersebut.

Mohamed Haniff berkata, dirinya dan Muhammad Rafique dilantik oleh pihak syarikat pada waktu malam Isnin lalu selepas berlakunya insiden rusuhan tersebut.

“Kami dilantik bagi membolehkan pihak syarikat membantu pihak polis dalam urusan siasatan serta mewakili tiga kakitangannya yang ditahan.

”Kami juga tidak mewakili mana-mana perusuh yang ditahan oleh polis berhubung insiden tersebut,” katanya pada sidang akhbar di pejabat syarikat guamannya di sini hari ini.

Beliau menambah, berhubung dengan penularan mesej di laman sosial Facebook dan WhatsApp mengenai pembabitannya dan Rafique dalam memberikan upah kepada samseng dalam rusuhan itu, ia adalah satu tuduhan yang melulu dan tidak benar.

“Menurut satu kenyataan di Facebook saya dikatakan terlibat dengan insiden itu kerana menjadi peguam untuk One City sekarang dan Tun Mahathir semasa beliau belum menjadi Perdana Menteri.

“Kami berdua juga tidak pernah memberikan wang berjumlah RM150,000 kepada samseng untuk membuat kecoh di kuil,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN